Saturday, February 19, 2011

Pasal Faizan n___n

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blogger yg tua mahupun yg muda...

Straight to the pown bole kan??
Macam nie ,skrg nie topik kita na cakap pasal faizan ...amm bende nie faizan cakap bukan na jual air muka or mencapab (mencari publisiti) atau niat na aibkan diri ,tp juz untuk peringatan korang...(Dan kalu ada nasihat tolong2lah kasik yeak) selepas membaca bende nie...

Sekali lg ASSALAMUALAIKUM kpd korang semua...hehe kita mule yeah,

Ok cmnie ,skrg Faizan ta taw kenapa tetapi bila faizan bukak fb ex-faizan ngan bf or ex bf dia,dahi faizan selalu berkerut and kengkadang sampai menyindir sorang2..kalau boleh faizan ta mawlah buat perngai cenggini bab last skali boleh makan diri ,(actually na terang kat korang yg Faizan nie kuat sangat cemburu tp cemburu bodo r),tolak tepi pasal tue and then bile kat fb lagi faizan tengok ramai org selalu post kat wall diorang or kat umum bende2 yg remeh temeh ,kekadang sampai gadoh tue..


Second faizan admit memang faizan nie panas baran ,tp yg pelik cepat cooldown ...bengong bukan,tp kat sini faizan na minx maaflah kat umi abah faizan ngan adik2 faizan sebab selalu pukul ,marah ,and maki hamun diowg sume...actually kadang2 bende tue juz tetibe terjadik ,dan lagi satu faizan memang benci dengan orang yg berlakon nie (kalu ikut faizan kira macam membodek r ) seriusly benci,tp sesalunye faizan diam and ta layan org camnie..

Third faizan ta taw nape sekarang faizan da start benci kat diri sendiri,keluarga,dan kengkawan...(actually ada cerite disebalik tue tp skrg bukan masa terbaik kowt na cerita benda cenggini)

Fourth faizan ni orang yg sangat hudoh ta handsome,gemok ,bodoh and segala mcam perkara buruk ada kat faizan,,,so beringat2 r kalu na kawan dengan faizan ...

Fifth faizan suke sangat org yg jenis happy go lucky cam kawan faizan diyana ngan lydia...both memang serupe je perangai bile time col...

sampai situ je kowt, but seriusly kalu korang betul kenal faizan and memang ikhlas nak kawan dgn faizan
semua bende tue korang ta kan nampak sebab faizan bukannya macam tue but terpulanglah pada korang na fikir ape,

Hmm ada lg satu,faizan skrg smpai sekarang tercari-cari punca kenapa faizan dgn kawan faizan sorang tu da ta rapat...and insya-ALLAH kalu dikurniakan akal yg panjang untuk mendapatkan jawapannya faizan akan bgtaw kat korang yeah...

hee sampai sini jelah yeah,,insya-ALLAH esok cerite lagi...Assalamualaikum 

Thursday, February 17, 2011

Just untuk direnung semasa di hari santai....

Assalamualaikum kepada semua para blogger yg kental lagi hebad ...haha !!
Apa khabar semua?? ,da jumpe ALLAH ke belum?? da tue da nie da tue da nie....(hish byk tanya pulak)

Hmm na sambung cerita pondok tade moodlah cek kak sebab sambungannya pasnie ta best sangat tp cerita je r... 

JOM LAYAN.....

13 november 2008,

Yg lepas pya post Faizan kata gitu sbb tempat dia tobat dowh ta cantek,pastue burok+bole kate duduk kat luar ag bagoz r....(Faizan cakap gini sebab time tue hati ta terbukak ag na terima hakikat yg Faizan kene duduk situ selama 2 minggu 5 hari so segala macam bende buruk semua keluar kat dalam ati) tutup pasal bende tue,sblum pape biar faizan bagi tahu serba serbi pasal tempat tuh...Ok ,yg mengajar ngaji ,imamkan solat dan merangkap (cehh!!) ketua kat situ ofcozlah ustad,ustad pulak ada 3 ,SORANG namanya USTAD NAWAWI (Certain panggil dia MAULANA) ustad nie sumpa macam cite doctor jekyll and mr hyde yakni ada dua personaliti (kabot je faizan nih padahal mane ade) tp yg sebenarnya dia nie garang beb ,garang dia keluar kalo korang bergado,ta baca AL-QURAN ,me.... (ta payah r bende tue), dan bebagai....SECOND atau yg KE-2 namanya USTAD MARZUKI (ustad nie rock siket dowh + cibai pon ade gak r..haha ta bek kate gitu) ye r aq lambat pegi ngaji 5 saat je (time tue dia buat countdown) dia libas beb dubo aq...haha pedih wa cakap lu ,hanya Tuhan yg taw...yg ketiga aq ta ingat namanya,,,lupekan dia ...HAHAHAHA!!!

Pastue Tiap2 ari kitowang kene bangun kul 5 pagi (Bg pelajar asmara ...hehe Tade masalah kot) tp bg pelajar bermasalah macam aq nie memang wat muka toya r time bangun tido ..masa first2 susah beb tp tak lama kemudian student kat situ ajar aq cara na bg badan segar time bangon tidur TAPI!!! dengan syarat yakin dengan ALLAH 

CARANYA:
1.Bangun je tido baca doa bangun tidur 3 kali dan AYAT QURSI 3 kali 
2.Ambil air sembahyang (Yg nie buat r sampai sempurna jgn men cacamarba je)
3.Sembahyang sunat (ikut korang r na niat sembahyang apa)

Insya-ALLAH berkesan...tp kene istiqamah lah tiap2 ari,

Lepas Bangun kitowg siap2kan diri ntuk bersolat ,hah yg nie Faizan rase best ,korang nak taw biasalah en kawasan kampung mestilah nyamuk buat R&R kat badan kita sementara na sambung perjalanan ,tp time solat gitu ada nyamuk tengah isap darah kat kaki budak yg sembahyang kat sebelah faizan ,faizan ingat dia relax r x pon cool je yeak...tp x dia lek2 kacang je tepek nyamuk uw,BAPAK LANGSI ,,,HAHA!!!

Hmm sowi r geng faizan ta dapat na sambung untuk ari nie kita jumpa ag k??

ASSALAMUALAIKUM...

Friday, February 11, 2011

Kalaulah lagi yeah....:)

Assalamualaikum kepada penggemar blogger yg x penat2 mengunjungi blog faizan ,sebelum tue faizan na tya soalan kepada semua pembaca blogger sekalian... Bersedia x kalu faizan tya nih?? hehe

First Faizan nak tya semasa korang membaca blog nie korang da jumpe dgn ALLAH ke belum??
Second , lepas jumpe dengan ALLAH or tunaikan Solat korang ada minta kat ALLAH supaya ibadah korang diterima di sisinya?? 
dan akhir sekali time korang first2 klik kat link blog nih apa yg korang expect dari faizan??

Maafkan faizan kalau2 faizan tya soalan yg kurang menarik ,tp kat sini faizan na ucapkan terima kasih kepada Allah kerana sampaikan seorang hambanya yg mampu membuat faizan tersentap dan seterusnya tersedar dari mimpi yg panjang...
Hamba ALLAH yg faizan maksudkan namanya adalah SYUQ ,blog si SYUQ nie banyak mengandungi unsur2 motivasi dan salah satu daripada soalan yg faizan tya nie adalah berdasarkan blog si SYUQ nih...

Kembali kepada tajuk sebenar kita...hehe

Oke semalam faizan da cerita dah yg mana tahun lepas merupakan tahun yg paling faizan tak suke dan tahun yg penuh dengan pelbagai dugaan...

Tapi bila faizan fikirkan balik tak elok kita cakap macamtu ,akan tetapi kita seharusnya syukur sangat2 kepada YG MAHA ESA iaitu ALLAH S.W.T yg telah memanjangkan usia kita sehingga ke tahun ini...
(kita tue faizanlah...hehe)

Hari nie faizan x dapat na ketengahkan point yg sebenar mengapa faizan tulis blog ini,insya-ALLAH esok atau lusa faizan sambung lg oke...



Supaya x menghampakan korang ,korang layanlah lagu ini oke...kalu boleh tunggu buffering dulu,INGAT PATIENT LEAD TOWARD SUCCESS .... -ZAN-

ini lyric dia... n__n Enjoy and kita nyanyi same2 k...

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return







Thursday, February 10, 2011

Kalaulah...

Zan tade story nak sampaikan kat para blogger ,faizan post nie pown juz na luahkan isi hati yg tebuku da bape bulan tah...

Kalaulah ko tunggu sampai lepas bulan12 je, aq tak adalah buat ayat jiwang2 gini,
Kalaulah aq taw dari kau dan dia memang dari dulu suke sama suke,tak adala aq na masuk line ntuk tackle kau,
Kalaulah dari dulu aq da masuk sekolah teknik,tak adalah aq kenal dengan kau,
Kalaulah aq ada gf sebelum kau,tak adalah aq na gatal2 usya ko dari bulan 1...
Kalaulah aq taw benda yg jadik sekarang sebelum mula2 aq kenal kau,tak adalah aq na gatal2 ada gf...

Kesimpulannya kat sini tahun 2010 memang tahun yg paling mencabar dan juga paling rugi buat faizan...

Biar faizan buat list apa yg berlaku(faizan bukannya na bukak pekung di dada) tp juz untung peringatan...
1.Faizan kene tipu dgn kawan
2.Faizan start kaple and putus dalam masa dekat2 tu jugak
3.Apabila dah putus Faizan tak taw macammana na pulihkan semangat Faizan semula,akibatnya pulak dalam point yg keempat.
4.Pelajaran Faizan down gile,mood na belajar dah hilang,na pg tuisyen x boleh,hang2 ngan kawan pon x bez and....kerap gaduh ngan parents dan juga sibling Faizan.
5.Motor LC hilang
6.Kad license hilang...


So bile lihat balik takde lah byk sgt tp seriusly semua bende penting je yg berlaku...sebenarnya ada lg tp biakanlah...

K pasnie sambung ag yeah ,faizan na ke kamar tidur kejap...haha esok faizan cerita macammana faizan pulihkan balik.. chaiyook!!! n__n

Tuesday, February 8, 2011

Cara belajar yg mantap ,n___n

Ok hari nie faizan na bg tips2 Cara belajar yang betul,even faizan sendiri ta berapa na pandai but something telah menyedarkan faizan tentang betapa pentingnya bagi kita untuk mencarik ilmu...semoga ALLAH memberi kesedaran kepada 'Mereka' yg telah membaca keseluruhan tips yg telah diberi..Insya-ALLAH

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

 

Pertama  - Tidak mensia-siakan biar pun seminitSeorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan.  Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua  - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergiAmalkan sikap membawa buku setiap ketika.  Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut.  Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran.  Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga  - Gunakan masa awal pagi Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca.  Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat  - Buat nota ringkasPelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas.  Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca.  Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.  Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

 Kelima  - Mengikut jadual sepenuhnyaAturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut.  Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat.  Jangan ikut perasaan.  Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya.  Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar.  Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam  - Mencuba soalan tahun laluPelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawab contoh soalan setiap hari.  Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

KetujuhUlang sebanyak kali yang bolehSetiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu.  Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya.  Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan  - Sentiasa menanya kalau tidak fahamDekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda.  Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya.  Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda.  Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji.  Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaanRapat dengan kawan yang mahu belajar.  Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka.  Tukar pendapat antara satu sama lain.  Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumahJadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain.  Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka.  Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik.  Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah.  Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke  6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan.  Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut.  Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang.  Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. 

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak.  Apa yang anda hendak capai.  Apakah corak hidup yang anda hajatkan.  Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih.  Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda?  Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda.  Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan.  Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara  yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas .  Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan.  Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya  dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga.  Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga.  Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya.  Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas :Rancangkan jadual ulangkaji setahunTetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September.  Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab.  Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika  anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil.  Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba.  Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji.  Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada.  Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda.  Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar.  Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda.  Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut.  Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka.  Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuanJangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah.  Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah.  Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti. 

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi.  Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut.  Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda.  Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka.  Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata.  Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

 

Kesimpulan

Belajar adalah suatu seni.  Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan.  Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

In other word When we have   the will to become success in the future we will become one of them,                                        There are hope for those who want to achieve success..

Fail to achieve something doesnt means you have lost..

Hope is gift from the goddess..

            Dont ever surrender to despair

Wednesday, February 2, 2011

Pahit ada manis pown ada 6..

                                                                           sumpah!!...


Tempat yg aq kene pegi tu tade r camnie rupenye,,,haha...agak2 r ,kalu tempat uw cnie aq cepat2 tubek keto (keluar kereta) time uw...haha ,oke na dijadikan cerite sampailah aq kat tempat tu..nama kampung tu kampung apa2 ,,pelik bukan ? hairan apatah ag?...hehe,tp serius beb..first time datang aq da rase len macam mana x nye kene layan cam raja bai..air kasik makan kasik amm pendek kate semualah kasik, (padahal air teh ais ngan roti kosong je...hahahahaha) ok sambung balek...hah pas da makan and minum ustad kat situ minx handset ngan duit sbb takut kene curik,aq time uw ta gune sgt handset so lek2 kacang je r bg handset tp kalu skrg minx bg handset pegi mati r ...hahaha gurau.After salam bapak sedara and tengok dia balek ngan kete sport dia ,ustad pon suruh r aq letak beg kat dalam surau ..(surau kat sini dijadikan sebagai tempat ngaji ,sembahyang and tidur,namapon pondok kot..) tp aq pelik tempat nie ta panggil pondok tp panggil madrasah..pe bezanya,ok2 sambung balik cerita..aq sampai je kat pintu masuk ....PERGH BAPAK DIA...!!!!